Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Tuesday, September 16, 2008

Sidang Media DS Anwar : Bentuk Kerajaan Pakatan Rakyat



Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tegas mengatakan lebih daripada 31 ahli parlimen BN telah menyertai Pakatan Rakyat, katanya sewaktu mengadakan sidang media sebentar tadi.

Beliau juga menggesa Perdana Menteri, Pak Lah supaya tidak menguatkuasakan undang-undang darurat dan menggesa kerajaan BN untuk menyerah kuasa secara aman.

"Kami mahu peralihan kuasa secara aman. Kami berharap Barisan tidak menguatkuasa undang-undang darurat untuk menyekat ahli-ahli parlimen pergi ke Dewan Rakyat atau menahan ahli-ahli parlimen (kerajaan BN) atau menghalang mereka daripada menyertai Pakatan Rakyat," katanya.

Mengikut Datuk Seri Anwar lagi, setelah bertemu PM barulah kepimpinan Pakatan Rakyat akan membuat pertemuan dengan YDP Agong untuk membentuk kerajaan.

Beliau juga mengatakan beliau tidak boleh mendedahkan nama MP-MP yang telah menyertai Pakatan Rakyat kerana khuatir tindakan ISA atau darurat akan dikenakan. Namun beliau akan mengisytiharkan nama-nama tersebut hanya setelah berjumpa YDP Agong.

Pastinya Pakatan Rakyat akan cuba membentuk kerajaan dalam masa yang terdekat ini.

BERDOALAH DI BULAN RAMADHAN INI SEMOGA IANYA DAPAT BERLAKU DENGAN BAIK DAN AMAN.



KUALA LUMPUR, Sept 16 - Datuk Seri Anwar Ibrahim said today he has demanded Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hand over power in a smooth manner as he claims to have more than enough support to form the next Federal government.

He claimed today that his Pakatan Rakyat alliance had exceeded the required number of MPs to form the government but he refused to reveal the names of those he claims are defecting.

However, he said the transition must proceed smoothly to prevent a repeat of incidents in Perak and Selangor, where he alleged documents were shredded following the opposition's surprise wins in the March elections.

He said four demands had been issued to the PM in a letter sent yesterday.

The demands are that MPs are not stopped from defecting; the Internal Security Act not be used to detain defecting or PR MPs; a state of emergency should not be declared; and no roadblocks be set up to stop MPs from going to Parliament.


[malaysianinsider]




0 comments: