Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Rakyat Sarawak : Undi Pakatan Rakyat

Wednesday, September 24, 2008

Perbicaraan Kes Liwat DS Anwar Ibrahim 24 September 2008 - Hujah Bantahan Pindah Mahkamah




Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini akan mendengar hujah berhubung permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes liwat terhadap Anwar ke Mahkamah Tinggi.

Ini berikutan pada 10 September lalu, Hakim S.M. Komathy Suppiah telah menetapkan hari ini untuk mendengar bantahan terhadap permohonan itu oleh peguam Anwar, Sulaiman Abdullah.


DS Anwar Ibrahim kelihatan tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 10 pagi tadi ditemani isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.



Lintas Langsung dari Mahkamah Jalan Duta

8.30 pagi: Ratusan penyokong dan wartawan dari media dalam serta luar negara kelihatan di Mahkamah Jalan Duta. Perbicaraan bermula jam 10.00 pagi.

9.50 pagi: DS Anwar Ibrahim selamat tiba di perkarangan Mahkamah di temani DS Dr. Wan Azizah.

10.00 pagi: DS Anwar masuk ke ruang Mahkamah Sesyen, diiringi keluarga dan rakan-rakan Pakatan Rakyat.



Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menetapkan 7 Oktober bagi memutuskan sama ada kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dipindah ke Mahkamah Tinggi.

Ia diputuskan sebentar tadi.



Perkembangan lanjut kes ini sebentar lagi.

0 comments: